Thursday, January 2, 2014

Prosedur Nikah

24


Selamat Malam Semua!
Sedang aku lena diulit angan-angan sebelum dibuai mimpi tidur tiba-tiba benak aku diganggu oleh sesuatu.Jengjengjeng.Heheh tak ada yang misteri sangatlah.Cume teringat pengalaman menguruskan permohonan nikah aku dan ahben.Disebabkan itu nak share lah prosedur-prosedur untuk permohonan nikah di negeri Melaka ni. Mungkin kes aku agak 'complicated' sikit. Sebabnya berkahwin dengan orang asing!! Kebanyakkan prosedurnye sama cuma tambah beberapa list/Dokumen penting je.
Antaranya :


  1. Borang permohonan nikah/kahwin
  2. 2 Photocopy I/C pemohon  (150% saiz dalam copy)
  3. 2 photocopy passport ahben (150%)
  4. 2 photocopy surat akuan bujang dari majikan @ surat pengesahan status oleh JKK/sidang bagi yang tidak bekerja. (Aku minta pada boss je sebabnya bkerja)
  5. 2 photocopy sijil kursus pra perkahwinan (Bagi orang asing mcm ahben tak berkursus pon tak apa.tapi aku seret jugak dia kursus sekali .HEHEH)
  6. 2 photocopy surat beranak & sijil nikah ibu bapa jika yang nak bernikah itu adalah anak perempuan pertama (Seperti kes aku.Aku anak tunggal )
  7. 2 photocopy I/c wali - Aku berwalikan atuk.Sbb ayah dah arwah sobsobsoob
  8. Photocopy surat kematian arwah ayah
  9. Surat Wakallah - Disebabkan atok aku tidak dapat nak mewalikan aku pada hari nikah tu kerana keadaan dia yang uzur dan tak sihat, terpaksa aku dapatkan surat wakallah ini di Jabatan Agama Perak.Aku dan atok kene ada sama-sama untuk angkat sumpah.
  10. Result HIV Test - Aku & Ahben
  11. Surat kebenaran dan pengesahan status ahben daripada Reg.of Marriage Singapore (ROM)- Surat ini valid selama 3bulan sahaja sblm tarikh nikah,Jika lebih dari 3bulan kene minta kebenaran baru di ROMS
  12. Surat pengesahan kedutaan/pesuruhjaya tinggi. - Aku kene dapatkan pengesahan dari kedutaan singapura di KL.Pengesahan akan dicop bersama-sama surat kebenaran dari ROM tadi.So make sure dapatkan surat kebenaran nikah di ROM dulu.
  13. Dokument/sijil ahben memeluk islam
  14. Photocopy muka depan passport ahben & cop yang terbaru.- sila pastikan diCOP. Bukan scan ye.Sbbnya bila scan detail perjalan keluar masuk msia-spore TAK ADA.Ulang lagi sekali TIADA! Sbg langkah jaga2 better cop.
  15. Surat pengesahan perjalan dari Jabatan Imegresen - Ini perlu diberi bersama-sama p/copy passport tadi.
  16. Gambar - lelaki bersongkok/Perempuan-bertudung
  17. Pastikan borang nikah sudah ditandatangan oleh wali,imam diri sendiri dsbgnya 

Selepas kesemua dokumen ini siap dan lengkap boleh lah hantar ke pejabat agama semula.Sila la hantar selewat-lewatnya sebulan. Sebabnya kalau ada masalah lain yang datang sempatlah nak selesaikan dlm masa tu.Ahh jgn lupa bayar RM30 hehehe.AHHH satu lagi ini untuk prosedur di Jab.Agama Islam Melaka ye.Negeri lain aku tak tahu .




*ini adalah surat pengesahan status TERUNA & kebenaran bernikah di melaka oleh Reg.Of Marriage Spore:)
Ini je pon yang ada dalam fail.Yg lain semua ntah kemana :) hehehe

p/s : *Pening tak korang tengok list ni.Aku sediri pening ++ sedih sebabnya kene uruskan sendiri.Kalaulah arwah ayah tak payah susah2 mcm ni. Pape pon aku yg pilih berkahwin dengan orang seberang so kenelah susah payah sikit uruskannya :) Manja sangat .

24 comments:

  1. berguna ni untuk ika, sebab ika pun tak settle lagi hal2 nak kahwin adehhhh T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cepat2 buat ika. Nt x lah kelam kabut last mnt ;) huhu

      Delete
  2. Teringat masa nak kawin dulu...banyak nya la dokument yang nak kena settlekan...huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fida dah kawin juga ke? Heheh mcm single lg je ;D

      Delete
  3. Banyak juga prosedurnya. IM takda pengalaman lagi. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyk prosedurnye. Satu hr nanti IM akn rsa.heheh mcm leceh je bnda2 ni tp tu la nama pon prosedur ,Klu x merata2 org kawin ttb hheheh

      Delete
  4. banyak juga dokumen yang diperlukan.. alhamdulillah selesai sudah.. perkongsian yang baik untuk bakal pasangan yang nak kahwin tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kak.lain kes lain prosedurnye.Sakit kpla masa uruskan,pape pon alhmdulillah settle dah :)

      Delete
  5. banyak jugak dokumen yang nak kena sediakan yer.. akak dulu ayah yg uruskan..so tak tahu sangat la..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak kak.Hehehhe pening :) Alhmdulillah da selamat dah

      Delete
  6. akak teringat lagi zaman akak dulu, turun naik pejabat agama uruskan hal sijil dan kebenaran nikah ni. Nak kena minta cop pendaftar mahkamah bagai la tapi untuk apa dah lupa hehehe. Tapi, alhamdulillah sekarang dah selamat nikah pun hehe. Yang penting, kita kena bersedia untuk menempuhi alam perkahwinan ini. All the best to you dear (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.Penat nk uruskan bnda2 ni.Jabatan agama skng pon leceh la mcm2 diaorg nak,hehehh.btol selamat dah.Terima kasih ye :)

      Delete
  7. Haritu baca sekali lalu ingatkan kak Kyla baru nak kawin, rupanya dah nak ada baby punnn!
    Hahaha tahniah kak Kyla! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh. da lama kawin.tggu baby kuar je ni HEHEHEH thanks nadratul ;)

      Delete
  8. Assalamualaikum awak. rumitnya.. suami awak orang Singapore ye

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum... saya bakal berkahwin dengan org singapore, peningnya xtau nak uruskan macam mne borang2 nih ... :'( ayah pon xde nak uruskan da arwah da..hm.. T_T

    ReplyDelete
  10. Wslm. Samelah. Ayah sy pon dah arwah. Mmg payah sikit lah. Tp klu buat dr awal inshallah sng je. . Hehehehhe. Buat dr skng ye. N smg dpermudahkan ��

    ReplyDelete
  11. Byk jugak y nak kena buat ya .. prosedurnya.. boleh guna mklumat ni nnti trima kasih berkongsi

    ReplyDelete
  12. Salam cik kak. Selepas segala urusan pernikahan sel3sai, ada prosidur lain ke selepas itu yg melibatkan jabatan pendaftaran negara? Adakah pasangan keluar masuk sempadan tiada masalah?

    ReplyDelete
  13. Saya pun bakal nikah lelaki Singapura. Tak tahu macamana nak mula. Alhamdulillah sharing awak ni sangat membantu!

    ReplyDelete
  14. Casino Junket: Login, Payouts, and Support - JTG Hub
    Login and payouts at JTG Hub. 전라북도 출장샵 Register Login 당진 출장마사지 or Sign-up. Play and enjoy! Casino 김제 출장마사지 Junket 시흥 출장안마 offers hundreds of exciting and fun games 이천 출장마사지 from

    ReplyDelete
  15. Salam.. Bakal sy pon lelaki singapura juga.. Boleh saya lihat form tu penuh tk kak?

    ReplyDelete
  16. Kak yg form kak post ini photocopy atau original?

    ReplyDelete