Thursday, January 22, 2015

Resepisukahati : Cookies Sedap

5


HAI !!!
Petang petang ni bosan pulak. So tetiba terpikir nak try buat cookies. Hmmm yang ala-ala famous amos tu. Weeee takde lah sebijik rase macam tu tapi mak aku cakap macam makan biskut chipmore. Hahaha kira sedaplah jugak kann. So kat sini ada resepi ringkas ala hentam aku. Jom try....

Bahan A
1/2 cawan gula kaster
1/2 cawan gula perang
1/2 cawan mentega 
1/2 cawan minyak jagung
1 biji telur 
1/4 sk garam
1/2 sb susu segar 
1/2 sk perasa vanilla
Bahan-bahan ni campurkan dalam satu bekas dan kacau sampai halusss. Aku guna senduk kayu je. 

Bahan B
1 cawan tepung kek -ayak
1 cawan tepung gandum -ayak
1 sb serbuk koko -ayak
1 sb tepung jagung -ayak
1/2 sk cuka
1/2 sk soda bikarbonat
Bahan B ayak sekali dan masukkan sikit sikit ke dalam adunan A tadi. Bila da sekata terus masukkan 2 bahan di bawah ni.

1/2 cawan almond nib 
1 cawan semi sweet chocolate chips

*Bakar dalam 20minit | temp 150*C- 
*Lepas kuarkan cookies dari oven mak sure sejukkan dulu barulah rangup di makan. Weeeee



5 comments:

  1. dapnya kalau bawak mengunyah depan tv ni..haha

    ReplyDelete
  2. nampak mcm famous amos dah tu.. nak raya sok boleh lah order yer :)

    ReplyDelete
  3. akak suka!!! nnti nk buat la guna resepi tasha nie..macih dik! =D

    ReplyDelete